Posted by Picasa

Tuesday, March 31, 2009

Kem IPT Persatuan Silat Cekak Malaysia 2009














Jumaat, 28 Feb 2009,

Di perkarangan Cyberjaya University College of Medical Sciences…


Ahmad tiba di perkarangan kolej bersama beg pakaian yang serba ringkas. Dia berjalan menuju Foyer A kolej untuk bertemu dengan empat sahabatnya yang lain. Pada hari ini, sebuah pengembaraan bakal bermula. Segala keindahan kehidupan di dalam bandar yang dibelai kasih oleh teknologi dan kesenangan akan ditinggalkan. Sebuah perjalanan kembali kepada fitrah, di mana pepohonan dan serangga yang tidak lekang memuji nama tuhannya yang Esa, akan menjadi teman mereka sepanjang tiga hari.


Setibanya Ahmad di halaman foyer, dia menghempaskan begnya ke atas lantai yang berkarpet warna kelabu gelap. ”Sangat berat bebanan beg ini, alangkah baiknya jika pahalaku seberat beg ini, dan dosaku seberat sandwiches yang tersusun diatas meja itu” ujarnya sendiri sambil melontarkan pandangan pada beberapa sandwiches yang terdampar berdekatannya. Lapar.















Tidak lama kemudian, Rafha muncul dari pintu masuk utama. Raut wajahnya seperti dilamun kegelisahan. Dia berasa keberatan untuk mengikuti program itu, tetapi telah menekadkan hatinya untuk menyahut cabaran itu. That’s the spirit rafha !


Zahiyah muncul daripada hall 3 bersama sepiring kuih yang berbelang coklat dan putih. Pada hari itu, dia dan ahli kumpulan sclnya merupakan penganjur forum perubatan tradisional bagi pelajar-pelajar perubatan tahun satu. Kelihatannya sibuk menguruskan program itu yang baru sahaja berakhir. Sungguh berdedikasi.Afiq tiba ke perkarangan kolej tidak lama kemudia sambil menggalas begnya. Dengan langkahnya yang bersahaja kami berempat berkumpul di hadapan kolej.


Sepuluh minit berlalu, Atiqah tiba di lobi kolej bersama kereta wira aerobacknya yang berwarna hijau- penuh bergaya. Kenderaan itulah yang akan menjadi transportasi kami ke destinasi yang dituju nanti.

Kami me’load’kan barang2 ke dalam kereta dan bersedia untuk memulakan perjalanan.


Dengan bacaan doa oleh afiq, kami bertolak ke Kem Rebutia, Gombak bagi menyertai Program Kem IPT Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 2009.


Hari yang sama, 9.30 pm...

Setibanya di kem Rebutia pada malam itu, kami telah dipisahkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkn. Sebiji telur telah diberikan kpd setiap seorang sebagai amanah untuk dijaga.


Pada hari yang pertama, Jumaat 28 Februari 2009, aktiviti kem IPT Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 2009 telah dimulakan dengan sesi ice-breaking, yang bertujuan bagi kami mengenali antara satu dengan yag lain. Tugasan yang telah diberikan adalah bagi setiap kumpulan untuk mencipta nama, lambang (yang dilukis atas kain putih sebagai bendera kumpulan), dan ’trade mark’ atau group cheers. Setelah masa yang ditetapkan berakhir, kami pun mempersembahkan segala idea-idea dan kreativiti yang telah kami pancarkan ketika perbincangan kumpulan tadi.


Setelah sesi persembahan ideologi kumpulan berakhir, kami telah mendengar ceramah yang telah diberikan oleh Dato’ Hj. Maideen mengenai kepentingan menjaga khazanah budaya melayu yang telah kita warisi. Kata-katanya memberikan inspirasi dan semangat yang baru kepada kami untuk memelihara kehalusan budaya melayu yang kian dimamah pengaruh barat.


Sabtu, 29 Febuari 2009...

Pada hari kedua, keheningan suasana malam di rimba rebutia telah disapa oleh panggilan untuk menunaikan solat subuh. Kami bangkit ke dewan bagi melaksanakan perintah Tuhan segenap alam semesta, bersujud kepada-Nya, sebagai hamba-hambanya yang telah diciptakan untuk memuliakan-Nya. Setelah solat dan mendengar tazkirah subuh, kami bergegas utk bersiap bagi aktiviti yang seterusnya.


Sarapan telah diberikan, kandungan glukosa telah meningkat, ATP telah siap diproses bagi cabaran fizikal yang bakal kami tempuhi pada pagi itu. Kami telah dipanggil untuk berkumpul ke padang bagi menyambung aktiviti yang telah dirancangkan. Seperti biasa, kami telah berkumpul mengikut kumpulan. Kelihatan bendera2 teguh berdiri di hadapan setiap kumpulan. Setelah bersiap sedia, aktiviti senaman pagi telah dijalankan. Kemudian diikuti pula oleh aktiviti ’Pintu suka hati’ dan Cabaran menegakkan bendera setinggi 5 meter ke udara. Setelah matahari tegak memancar di atas kami, akhirnya aktiviti yang menarik itu selesai dijalankan.


Pada awal petang itu aktiviti telah diteruskan lagi dengan latihan di dalam kumpulan. Sesi latihan ini memberikan impak yang positif terhadap semangat kerjsama dan perkembangan ’’critical thinking skills’ kami.


Pada malam itu,..........

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah oleh Ketua Penerangan PSSCM, En. Rosman B. Mat Deli. Beliau telah menceritakan tentang perjalanan Persatuan Silat Cekak Malaysia di tanah air dan cabaran yang telah dihadapi oleh persatuan. Ucapan beliau sangat menarik dan memberikan inspirasi bahawa sesuatu cabaran tidak haruslah menjadi penghalang bagi mencapai kejayaan.


Ahad, 1 Mac 2009

Inilah hari yang terakhir program kem IPT Persatuan Silat Cekak Malaysia 2009. Keletihan yang dirasai sejak semalam masih terasa. Setelah menunaikan solat dan bersarapan, senaman pagi telah dijalankan di padang yang lembap dibasahi embun. Setelah itu, aktiviti diteruskan di mana setiap kumpulan perlu mencipta suatu aktiviti yang unik. Syaratnya, kumpulan yang lain tidak boleh melakukan aktiviti yang sama. Dan jika aktiviti itu boleh ditiru oleh kumpulan lain, group itu dianggap ’lame’.. tak best la kalau lame..so, semua telah memikirkan berbagai-bagai idea yang unik..yang pelik pun ade..tp smart ones. Everything yg dibuat semuanye out of the box. Sgt cool.


Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan persembahan setiap kumpulan. Ada yang membuat video klip lagu, ada yang menari gaya ala-ala melayu asli. Afiq jadi pemain gitar, atiqah bermain baling2 bunga, zahiyah pula menari tarian wanita melayu, rafha pun menari (siap ade pasangan..ehem2), Ahmad pula melakonkan watak penyanyi.


Sesi persembahan itu sangat best!


Selepas itu, diikuti pula dengan majlis penutup. En Roslin bin Ali Omar telah menyampaikan ucapan penutup yang sangat padu. Isi kandungan ucapannya memberikan inspirasi dan semangat yang baru kepada kami untuk hidup berdasarkan Iman dan Ihsan terhadap Allah Rabbul Jalil.


Setelah itu, kami semua bergambar-gambar sebagai kenangan. Huhu...sedih nak berpisah dah. Setelah semuanya selesai, kami pun bertolak pulang ke Cyberjaya.


Itu lah pengalaman yang sukar dilupakan bagi peserta Kem IPT PSSCM 2009.


( Afiq – Atiqah – Rafhah – Zahiyah – Ahmad )


The End.


Jap2...sebelum tu....

Setelah majlis penutup selesai, rupe-rupenye Atiqah telah merancang suatu serangan hendap yang bakal dilancarkan kepada Ahmad, ydp psscmcucms. Dia dan afiq telah berkomplot dan telah menyerang ydp dengan telur !! 5 bijik lak tu...waghhh!! Busukkk ...bau telur...!! Ampess tol korang... hehehe.


YDP diserang hendap.... BESH!!!!! Akhir nye YDP kesayangan ramai nie di kalah kan dengan perang telur yg dirancang oleh saya, Nur Atiqah. sape2 nk join d club, akan ada serang hendap yg seterusnye... so, mari beramai2.. wuhuuuu....


We all had enjoyed ourselves in the camp and glad to have the opportunity to go for it.

Special thanks for Miss Fadzilah for your never-ending support.

You’re true inspiration for us!


Sunday, March 22, 2009

Pelajaran Seni Silat Cekak Malaysia

Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda).

Nama-nama buah Seni Silat Cekak Malaysia ialah:
1. Buah Pertama
2. Buah Keputusan Gayung Fatani
3. Buah Keputusan Sendeng Atas
4. Buah Kilas Belakang
5. Buah Kilas Hadapan
6. Buah Kidung Kiri
7. Buah Kuntau Jatuh
8. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
9. Buah Kuntau Kanan Gantung
10.Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
11.Buah Ali Patah Atas
12.Buah Ali Patah Sudah
13.Buah Selendang
14.Buah Gari Pasung & Gari Gunting
15.Buah Paras
16.Buah Keputusan Pasung Kemanga
17.Buah Keputusan Terlak
18.Buah Keputusan Lintau
19.Buah Hempok
20.Buah Luncur
21.Buah Siku Potong

Pada peringkat asas dan jatuh, hanya 20 buah mata pelajaran diajar.
Pada peringkat jatuh terdapat pecahan daripada 21 buah yg ada;
2. Buah Keputusan Gayung Fatani(4 pecahan)
12.Ali Patah Sudah (2 pecahan)
15.Buah Paras (3 pecahan)
19.Buah Hempok (2 pecahan)

Selepas tamat peringkat asas dan jatuh, ahli perlu menghadiri Majlis Ijazah Potong untuk ke Peringkat Potong dan seterusnya Majlis Tamat.

Guru Utama Silat Cekak Malaysia

YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia



YM Tuan Haji Ishak bin Itam
Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia

Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.


Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.

Senjata Rasmi Seni Silat Cekak Malaysia





Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Ianya jarang didapati dinegeri lain. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekak ini berasal dari Kedah.

Parang lading adalah senjata rasmi silat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Ianya adalah senjata tunggal di dalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup.

Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluh peratus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri.

Seratus Peratus

Senjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus. Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Ini merupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima-panglima.

Ada Perbezaan

Satu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata di antara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmi silat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaan yang mustahak sekali diterangkan.

Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidak dengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya. Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai dengan mempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikut ukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan parang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu.

Peringatan

Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api.

Memandangkan kepada keistimewaan parang lading sebagai satu pusaka Melayu yang begitu asli dan bererti, maka persatuan kita telah cuba mengenengahkannya kepada umum serta disimpan sebagai satu bahan sejarah.

Pantang Larang Silat Cekak

5 Pantang Larang dalam Silat Cekak;
1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

Asal Usul Silat Cekak



Asal-Usul Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali". Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said.
Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.