Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

Latest events




PROGRAM INTERAKSI MIAT DI PORT DICKSON



10 May 2009(Ahad), Pantai Teluk Kemang.


Profram interaksi ahli MIAT. Sy satu-satunya wakil dr CUCMS. prog ni mmg best. Hope one day PSSCM CUCMS akan adakan projek mcm ni..xyah jauh2 kt cyberpark pon ok.




MAJLIS BBQ DI PUCHONG

16 May 2009(Sabtu), Kelas Latihan Puchong
Majlis beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim bersama kelas latihan MIAT n Puchong n CUCMS. .simple program tapi best n meaningful

ahli dari CUCMS(fitri,zahiah,n syud) n me..



INDUKSI FOUNDATION MAY INTAKE
7 May 2009 (Friday)
Foundation building, CUCMS

Presentation tentang PSSCMCUCMS oleh YDP n NYDP (fitri n afiq). Congratulations! video pon best..tahniah kepada yg menjayakan video

To all yg terlibat; bersama2lah kita bergerak untuk PSSCMCUCMS. moga kita bleh improve apa yg kurang. k

all the best to all..dan selamat datang kepada bakal ahli baru..

Thursday, May 7, 2009

Adakah anda sudah mempelajari seni mempertahankan diri?



Jika belum, fikirkan keselamatan diri anda yang terdedah dengan bahaya di luar sana.
Pilihlah seni bela diri yang bersesuaian dan mampu untuk digunakan jika keadaan terdesak..

PENGENALAN
  • Seni Silat Cekak Malaysia merupakan silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab untuk mempertahankan diri.
  • Seni Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan buah pukulan yang kemas serta kuncian tangkapan yang lengkap.
  • Pergerakan dan sistem silat ini sesuai dengan gerak semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang, dan bersesuaian dengan prinsip Agama Islam.
  • Keunikan Seni Silat Cekak ialah ‘apabila Cekak menyerang, jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya serangan ditangkis pasti dimakannya.

KEISTIMEWAAN

  • Cekak menunggu serangan dengan berdiri lurus, tidak berkuda-kuda dan tidak mengelak ke kanan atau kiri malah mara ke hadapan dalam satu gerak.
  • Bersih daripada unsur-unsur khurafat dan tahyul.
  • Menangkis serangan senjata dengan tangan kosong, sambil dapat merampas senjata lawan.
  • Pelajarannya ringkas, bersistematik dan mudah difahami.


VISI DAN MISI PSSCM CUCMS

  • Memperlengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri yang bersasal dari Malaysia serta tidak bercanggah dengan akidah Islam
  • Menanamkan rasa cintakan budaya bangsa yang berfaedah dan positif
  • Membentuk peribadi supaya menjadi insan yang berakhlak, berani, berdisiplin, berfikiran waras, dan memiliki daya tahan yang tinggi.
  • Melahirkan fizikal yang cergas dan mental yang cerdas serta jiwa yang tenang.

KELAYAKAN MENJADI AHLI

  • Beragama Islam
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Memiliki kesihatan yang baik