Posted by Picasa

Thursday, May 7, 2009

Adakah anda sudah mempelajari seni mempertahankan diri?



Jika belum, fikirkan keselamatan diri anda yang terdedah dengan bahaya di luar sana.
Pilihlah seni bela diri yang bersesuaian dan mampu untuk digunakan jika keadaan terdesak..

PENGENALAN
  • Seni Silat Cekak Malaysia merupakan silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab untuk mempertahankan diri.
  • Seni Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan buah pukulan yang kemas serta kuncian tangkapan yang lengkap.
  • Pergerakan dan sistem silat ini sesuai dengan gerak semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang, dan bersesuaian dengan prinsip Agama Islam.
  • Keunikan Seni Silat Cekak ialah ‘apabila Cekak menyerang, jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya serangan ditangkis pasti dimakannya.

KEISTIMEWAAN

  • Cekak menunggu serangan dengan berdiri lurus, tidak berkuda-kuda dan tidak mengelak ke kanan atau kiri malah mara ke hadapan dalam satu gerak.
  • Bersih daripada unsur-unsur khurafat dan tahyul.
  • Menangkis serangan senjata dengan tangan kosong, sambil dapat merampas senjata lawan.
  • Pelajarannya ringkas, bersistematik dan mudah difahami.


VISI DAN MISI PSSCM CUCMS

  • Memperlengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri yang bersasal dari Malaysia serta tidak bercanggah dengan akidah Islam
  • Menanamkan rasa cintakan budaya bangsa yang berfaedah dan positif
  • Membentuk peribadi supaya menjadi insan yang berakhlak, berani, berdisiplin, berfikiran waras, dan memiliki daya tahan yang tinggi.
  • Melahirkan fizikal yang cergas dan mental yang cerdas serta jiwa yang tenang.

KELAYAKAN MENJADI AHLI

  • Beragama Islam
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Memiliki kesihatan yang baik



1 comment: